Saturday, May 30, 2009

First day in Blog Bunga Tanjung


Hari ini aku mula menggunakan blok yang diberi nama 'bunga tanjung".Ha!! rasa excited,
untuk menggunakan di hari-hari seterusnya.Bolehlah aku meluah perasaan yang terbuku, perasaan marah yang tak dapat dilepaskan perasan gembira yang tak dapat dikongsi dan segala-gala perasan tak puas hati terhadap insiden yang berlaku dalam kehidupan seharian.Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk melepaskan rasa tension untuk mengurangkan stress . Beginilah bila dah berusia- usia menjangkau separuh abad ,mana ada insan yang cuba mahu mendekati untuk bertanya khabar atau mahu diajak berbicara atau berkongsi masalah seperti diusia remaja.Malah aku sendiri tidak mahu orang yang mengenali diriku mengetahui apa yang terbuku dihati atau masalah yang sedang aku tanggung.Kawan sekerja,kawan rapat, ipar-duai,saudara-mara tak boleh tahu nanti di exploitasi yang boleh menjatuhkan kewibawaan , prestasi kerja serta menjejas sikap dan perilaku diri dalam mengharungi kehidupan seharian. Semoga melalui ini hidup ini akan lebih ceria dan lebih bertenaga.

No comments:

Post a Comment