Friday, June 5, 2009

......Guru Oh Guru.......

Selagi aku tidak meluahkannya selagi itu ianya terbuku didalam hatiku ini.Kisah ini terjadi dua hari sebelum cuti sekolah.Jadual waktu untuk kelas masa cuti(kelasUPSR) diedarkan.Sebelum itu aku telah tengok jadual tu.Dalam hati aku rasa tidak puas hati dengan jadual itu .Sepanjang cuti 2 minggu tu hanya 2 hari saja (Isnin & Selasa) diadakan kelas tambahan.Macam melepaskan batuk ditangga - buat kelas macam terpaksa.
Bukan nak suruh cikgu tahun 6 saja yg mengajar , libatkan semua guru.Nama GURU - jangan kata tak tahu nak ajar ! Mesti boleh punya - kecualilah yang malas!!Ingat !!
GURU SEMULIA PEKERJAAN. Ajar dan Didik dengan IKHLAS - Ganjaran tetap ada.
Sepatutnya sebelum buat jadual tu survey-survey la sekolah lain dulu.Tinjau-tinjaula
cara sekolah-sekolah lain sama - tengok dia orang tu buat lagu mana untuk kelas kecemerlanagan dia orang tu!Tanyala pihak-pihak pentadbiran yg terlibat berapa hari patut diadakan , barulah tidak timbul kekecuhan.Ini ikut segan diorang yang terlibat saja. Nampak sangat macam tak tahu , tak nak mahu tahu atau buat-buat tak tahu nak buat kerja sebagai guru yg pegang jawatan Guru Kecemerlangan UPSR.
Kadang-kadang aku geleng kepala dengan guru -guru muda ni.Gred yang disandang tinggi-gaji pun tinggi tapi tak mahu beri prestasi kerja yang tinggi.Kadang-kadang
menjadi guru seperti aku ini yg usia separuh abad ini amat kerugian Dahlah nak dapat gaji sebanyak ni pun kena tunggu lama - dahtu tertutup peluang nak sambung belajar dengan biasiswa kerajaan.Guru-guru muda ni senang banyak,peluang pun banyak!
Berbalik kepada yang asal tadi ,disebabkan tak tahu buat kerja GB juga tak puas hati,
Bila keadaan jadi gini mula rasa tidak puas hati dikalangan guru-guru tertentu!Mula cakap-cakap belakang !Itu yang menjadi sebab utama!SIAPA NAK DISALAHKAN!!!!!

1 comment:

  1. guru ibarat lilin. sepatutnya guru memberikan ilmu kepada pelajar dengan seikhlas hati. ajar sampai budak pandai. jadi contoh terbaik kepada pelajar. mana buleh malas2 samapai mengajar & nak buat kelas pun tak mau. susah la macam tu. uh uh uh.

    ReplyDelete