Thursday, June 18, 2009

Untuk Anak-anak Mama

Untuk Anak-anak mama,
Beberapa hari yang lalu,dari sembang-sembang dan pengamatan mama ternyatalah INILAH HAKIKAT KEHIDUPAN.........
Anak yang mengabdikan dirinya menjadi Hamba Allah sebaiknya dan seiklasnya, berbaik budinya kepada kedua ibubapanya akan mendapat kejayaan didunia dan akhirat.
Maksud mama jika dibandingkan didalam sebuah keluarga ITU adiknya mendapat pujian daripada ibunya diatas segala kebaikan yang diberi kepada ibu tuanya .dan lagi dengan mata mama sendiri yang lihat dia memimpin ibunya dengan baik .(yg sepatutnya dilakukan oleh anak perempuan) yg ada ketika itu tapi memang segala kebajikan ibunya di beri perhatian.Atas amalan dan sikap baiknya itu Allah berikannya ganjaran hidup diatas muka bumi ini memilih dirinya (seorang dr ahli keluaga itu ) menjadi seorang yang senang (kaya ) mudah laluan hidupnya ,berumah besar-anak-anak yang baik dan pandai berjaya dibidang kerjayanya.!!!!!!

Untuk anak-anak mama,
Jadilah hamba Allah yang taat dan patuh kepada Yang Maha Esa, Yang Satu dan Azali ,Yang menjadikan kita dan sekalian Roh yang ada.Sembahyang 5 waktu ,berpuasa,berzakat,berakhlak mulia sesama manusia ,bertutur yang baik-baik saja,dan bersedekah kepada yang memerlukan.( Wang ataupun Kudrat )Sentiasa mencari ilmu tauhid seperti yang dituntut oleh Islam agar menjadi lebih baik dari hari kehari.

Mama sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak mama dan juga sentiasa dan telah memberi keampunan kepada anak-anak mama supaya dalam menjalani kehidupan ini anak-anak mama sentisa mendapat pertunjuk dan hidayah daripada Yang Maha Esa -ALLAH !

Yang Penting ! Mesti sentiasa berdoa dan berusaha ! Membaca Al-Quran ! Berbuat baik selalu.Jauhi Setiap Larangan NYA!!

Anak-anak mama pun tahu kan mama mahu berubah !!!! Mama dulu susah!Tiada harta atau wang ringgit yang melingkari hidup mama dan tiada harta kekayaan yang boleh mama beri kepada anak-anak mama.Mama hanya mahu melihat kesenangan anak-anak mama.Bagi mama ,Kejayaan mama adalah apabila anak -anak mama berjaya dan menjadi lebih baik daripada mama! Contohnya Kalau mama menjadi guru anak mama mestilah menjadi yg lebih tinggi daripada itu ,jadi pensyarah ,doktor,engenier usahawan yang berjaya atau sekurang-kurangnya ada pekerjaan yang halal dan baik yang boleh hidup dengan baik.
Tolonglah !Jadilah seperti yang mama harapkan...................................

4 comments:

  1. ya mama ku...
    insyaAllah.
    kakak janji akan lakukan yang terbaik.
    kakak syg mama.
    lek dan adik2 dan juga tok.
    termsuk mimi dan momo.
    nak balik!
    i love u!

    ReplyDelete
  2. kakak anak yg baik buat mama dan lek.Mama percaya kakak

    ReplyDelete
  3. dear mama :
    thank u. insyaAllah kakak pegang kepercayaan lek dan mama.i love u.

    ReplyDelete
  4. to cekgu pah
    hehe
    saya wat yr terbaek utk mu
    huhu

    ReplyDelete